Kualiti Penjagaan untuk Warga Emas: Tinjauan untuk Pekerja Kesihatan dan Penjagaan serta Pengurus

Perhatian: Pelaksanaan JavaScript dilumpuhkan dalam penyemak imbas anda atau untuk laman web ini. Anda mungkin tidak dapat menjawab semua soalan dalam tinjauan ini. Sila sahkan parameter penyemak imbas anda.

Pengenalan dan persetujuan

Selamat datang dan terima kasih kerana menyumbang kepada tinjauan WHO ini tentang perkhidmatan kesihatan berkualiti untuk warga emas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang membangunkan Piawaian Global bagi Kualiti Penjagaan untuk Warga Emas. Tinjauan ini bertujuan memahami perkara yang dianggap amat diperlukan oleh pekerja kesihatan dan penjagaan, termasuk pengurus program, untuk memberikan penjagaan berkualiti tinggi kepada warga emas serta sokongan yang diperlukan untuk mencapainya.

Kualiti penjagaan bermaksud penjagaan yang berkesan, selamat, berpusatkan individu, tepat pada masanya, saksama, bersepadu dan efisien. Kami ingin belajar daripada pengalaman anda tentang perkara yang berjalan dengan baik, cabaran yang anda hadapi dan penambahbaikan yang boleh membantu meningkatkan penjagaan warga emas. Pandangan anda akan membantu pembangunan piawaian antarabangsa bagi penjagaan berkualiti untuk warga emas pada masa hadapan.

Siapakah yang boleh mengambil bahagian?

Anda layak menyertai tinjauan ini jika anda:

  • seorang pekerja kesihatan atau penjagaan, atau pengurus program kesihatan, yang memberikan, mengurus atau mengatur perkhidmatan kesihatan dan/atau penjagaan untuk warga emas (berumur 60 tahun ke atas); dan
  • boleh memahami maklumat tinjauan dan melengkapkan borang soal selidik menggunakan salah satu bahasa yang disediakan.

Tinjauan ini mengambil masa kira-kira 30–35 minit untuk dilengkapkan.

Kebanyakan soalan bertanya tentang perkara yang sepatutnya tersedia untuk memberikan penjagaan berkualiti kepada warga emas. Beberapa soalan pula bertanya tentang pengalaman semasa anda atau persekitaran tempat anda bekerja. Soalan bertanda asterisk (*) adalah wajib dijawab untuk meneruskan tinjauan. Bagi soalan lain, kami menggalakkan anda menjawab selengkap dan setepat yang mungkin. Jika anda tidak menjawab salah satu soalan tersebut, peringatan akan dipaparkan apabila anda mengklik “Seterusnya” atau “Hantar”. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk meneruskan tanpa menjawabnya. Jawapan anda dalam semua bahagian tinjauan penting untuk membantu kami memahami keperluan, pengalaman dan pandangan pekerja kesihatan dan penjagaan dalam pelbagai persekitaran.

Penyertaan anda

Penyertaan adalah secara sukarela. Jawapan anda tidak akan dikaitkan dengan identiti anda dan akan dirahsiakan. Tiada jawapan yang betul atau salah.

Anda boleh menarik diri daripada tinjauan pada bila-bila masa sebelum menghantar jawapan. Oleh sebab kami tidak mengumpul maklumat yang boleh mengenal pasti anda, jawapan anda tidak boleh dikesan semula atau dipadam selepas tinjauan telah dihantar.

Dengan menghantar tinjauan ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami maklumat di atas serta bersetuju secara sukarela untuk menyertai tinjauan ini dan membenarkan jawapan anda dikumpul serta diproses bagi tujuan yang telah diterangkan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Yuka Sumi, Pegawai Perubatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melalui e-mel: sumiy@who.int.

Terima kasih atas sumbangan anda.

Terdapat 93 soalan dalam tinjauan ini.